Sony Xperia X Compact dilancarkan secara rasmi di Malaysia
Sony Malaysia telah melancarkan secara rasminya telefon pintar bersaiz kompak mereka iaitu Sony Xperia X Compact.
Xperia X Compact merupakan peranti bersaiz kompak yang menawarkan spesifikasi pertengahan, tetapi dilengkapi beberapa kelebihan daripada Sony , termasuk pengoptimasian pada bahagian bateri, dan menggunakan kamera dengan teknologi Triple Image Sensing.
Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin bersaiz 4.6 inci pada paparan 720p, dijana menggunakan cip Snapdragon 650, memori 3GB dan ruangan storan terbina 32 GB yang boleh ditambah menggunakan kad mikro SD.
Melengkapkan peranti ini adalah sokongan kamera 23 megapixel pada bahagian belakang dengan sensor Exmor RS, dan kamera hadapan 5 megapixel.
Xperia X Compact hanya boleh gunakan satu kad SIM sahaja.
Model ini akan mula dijual di Malaysia pada 7 Oktober 2016 ini .
Di Malaysia model ini akan dijual pada harga RM1,999.
0 comments:
Post a Comment