Tuesday, September 13, 2016

Pokemon GO disaman di India kerana didakwa menghina agama hindu


Kontroversi permainan Pokemon Go belum berakhir di India.

Di Gujarat, Niantic Inc disaman oleh Alay Anil Dave , seorang individu kerana didakwa menghina kesucian kuil agama Hindu dan Jain. P

Penganut kedua-dua agama ini mengamalkan kehidupan vegitarian dan tidak memakan telur.

Kewujudan telur Pokemon pada kuil-kuil yang menjadi Pokestop pada pandangan beliau adalah tindakan kurang ajar dan tidak sensitif.

Oleh itu saman yang difailkan diharap akan membuka pintu untuk Pokemon GO diharamkan terus dari India.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates