Thursday, September 22, 2016

#MYCYBERSALE kembali pada 26-30 September 2016 ini


Bagi #MYCYBERSALE tahun ini dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia, KPDNKK dan juga SMECORP, ia akan berlangsung bermula 26 September sehingga 30 September 2016 .

Ia akan disertai lebih 600 vendor yang menjual barangan atas-talian.

Antara vendor yang menyertainya termasuklah Shopback, Shopee, Lazada, Zalora, Lelong, 11Street, dan pelbagai lagi.

Malah pada tahun ini juga 4 syarikat penerbangan akan turut serta dalam tempoh ini iaitu MAS, AirAsia, Firefly dan juga Malindo Holidays.

Jenama-jenama terkemuka yang popular di luar talian juga menyertainya, seperti Bonia, Kinokuniya, Anakku, Uniqlo, dan juga Guardian Pharmacy serta Caring Pharmacy.

Sekiranya anda sedang berkira-kira untuk membeli sesuatu barangan, pastinya dalam tempoh aktiviti #MYCYBERSALE yang bermula pada akhir minggu ini dapat memberikan diskaun dan tawaran hebat pada anda.

Sekiranya anda menggunakan aplikasi LINE, ikuti saluran rasmi MDEC untuk tawaran khusus menerusinya.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates