Thursday, September 22, 2016

LuDela yang merupakan lilin pintar diperkenalkan


Lilin pintar ini diberi nama LuDela. 

Lilin ini boleh dinyala dan dimatikan dengan menggunakan aplikasi peranti pintar.

LuDela menggunakan teknologi Wi-Fire untuk membolehkan ini dilakukan.

Lebih daripada satu LuDela boleh dikawal serentak dengan hanya satu aplikasi.

Tahap keterangan api serta jumlah lilin yang tinggal turut boleh dipantau.

Pada waktu yang sama sistem keselamatan mengesan apabila terdapat objek menghampirinya bagi mengelakkan berlakunya kebakaran. 


Sensor mengesan pergerakan sekiranya ia terjatuh disertakan sekali.

Menurut pengeluar bateri yang disertakan dapat berfungsi selama berbulan lamanya sebelum perlu digantikan.

Harga jualan lilin pintar ini bermula dari RM409 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates