Thursday, September 22, 2016

LeEco Le Pro 3 dilancarkan dengan prosesor Snapdragon 821


LeEco baru sahaja melancarkan phone  terbaru mereka yang dinamakan LeEco Le Pro 3 .

Ia dilengkapi skrin 5.5 inci HD penuh, pemproses Snapdragon 821, RAM sebesar 4/6 Gigabyte dan storan 32/64/128 Gigabyte.

Tiada sokongan kad MikroSD disertakan.

Dari segi optik ia dilengkapi kamera utama 16-Megapixel f/2.0 dengan PDAF dan kamera selfie 8 Megapixel.

Menarik sekali ialah bateri sebesar 4070 mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 menerusi port USB-C.

Peranti ini hadir dengan fon telinga sambungan USB-C.


Sistem audio Continual Digital Lossless Audio (CDLA) mereka dikatakan memberikan kualiti audio yang tinggi.

Le Pro 3 menggunakan pelancar eUI 5.8 yang berasaskan Android Marshmallow.

Harga jualan bermula RM1,122 untuk versi 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates