Tuesday, September 13, 2016

Lebih 300 juta pengguna di seluruh dunia telah gunakan panggilan suara dan video Facebook Messenger


Facebook sebelum ini telah mengatakan pengguna Facebook Messenger telah melangkaui 1 bilion pengguna. 

Kini, berkongsi lanjut, pihak Facebook turut mengatakan kini melalui perkhidmatan berkenaan, lebih 300 juta pengguna yang menggunakan fungsi panggilan suara dan juga video setiap bulan.

Angka ini boleh dikatakan agak besar, malah memberikan cabaran untuk pelbagai perkhidmatan lain yang memfokuskan kepada kedua-dua fungsi berkenaan.

Sebagai contoh, keseluruhan pengguna Skype adalah sekitar angka tersebut.

Facebook sendiri telah sedia mengenal-pasti perkara ini lebih awal dan menawarkan beberapa ciri-ciri khusus untuknya.

Paling terbaru, mereka telah memperkenalkan fungsi Instant Video yang memudahkan pengguna berkongsi skrin bersama-sama rakan mereka tanpa suara.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates