Tuesday, September 6, 2016

iFlix kini diberi percuma untuk pelanggan prabayar DIGI


Berita baik pelanggan prabayar Digi, anda kini mampu menikmati akses kepada perkhimatan Internet TV yang disediakan oleh iflix secara percuma tanpa had bagi 3 bulan berikutnya.

Perjanjian ini merupakan satu lagi kerjasama terbaru antara iFlix dan Digi dimana sebelum ini pelanggan pascabayar Digi menerima akses iFlix secara percuma untuk 2 bulan.

Untuk menikmati akses iFlix percuma ini, pelanggan prabayar Digi hanya perlu mengaktifkan akaun iFlix mereka sebelum 20 September 2016.

Bagi pelanggan Digi yang mahu terus menikmati iFlix tanpa had selepas 3 bulan percuma, anda boleh melakukan demikian dengan yuran bulanan serendah RM 10 sahaja.

Walaupun menawarkan akses tanpa had kepada kandungan iFlix, pelanggan masih akan dikenakan caj pengunaan data ketika melakukan tontonan pada iFlix.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates