Friday, September 9, 2016

Huawei P9 berwarna merah jambu emas mula dijual di Malaysia


Huawei P9 sebelum ini telah mencuri perhatian ramai dengan penggunaan dwi-kamera belakang yang dikuasakan oleh penjenamaan Leica. 

Peranti ini juga turut menawarkan beberapa kelebihan lain, termasuk ketahanan bateri yang lama dan juga pengimbas cap jari yang pantas.

Model berwarna merah jambu emas ini pula menawarkan ruangan storan tambahan berbanding model sebelum ini, iaitu 64GB, selain dilengkapi memori 4 GB RAM (berbanding hanya 3GB RAM pada model biasa).

Dengan penambahan ini, Huawei P9 Rose Gold ini dijual pada harga RM2399.

Huawei mengatakan hanya 999 unit sahaja yang ditawarkan di Malaysia, dan untuk promosi terhad, pengguna turut akan menerima Huawei P9 Gift Box bernilai RM259 bersama-sama pembeliann peranti ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates