Thursday, September 1, 2016

Huawei NOVA dan juga Huawei NOVA Plus dilancarkan


Dua peranti baru dibawah keluarga Nova berkenaan diperkenalkan iaitu Huawei NOVA dan juga Huawei NOVA Plus.

Huawei NOVA memfokuskan kepada penawaran spesifikasi pertengahan, tetapi pada masa yang sama menawarkan masa penggunaan yang baik, selain rekaan yang elegan.

Huawei NOVA hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 625 2.0GHz, memori sehingga 3GB RAM dan bateri berkapasiti 302 0mAh. 


Huawei mengatakan ia menawarkan masa bertahan bateri sehingga 5 jam ketika memainkan permainan Pokemon Go, ataupun sehingga 48 jam untuk penggunaan biasa.

Dari segi rekaan, Huawei NOVA ini boleh dikatakan membawakan rekaan seumpama Nexus 6P sebelum ini, tetapi dengan spesifikasi dan saiz yang lebih rendah dan kompak.

Walaupun rekaan sama, tetapi Huawei menyertakan beberapa fungsi tambahan, termasuk kebolehan untuk mengawal cahaya biru melalui fungsi yang dipanggil sebagai Eye Protection Mode.


Peranti ini turut menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang, menggunakan pengecas berasaskan USB -C, dan dilengkapi sokongan audio DTS Headphone X.

Huawei turut menyertakan sokongan dwi-SIM hibrid, dan menyokong pelbagai rangkaian 4G LTE seluruh dunia.

Untuk rakaman gambar, Huawei Nova hadir dengan kamera belakang 12-megapixel dan kamera hadapan 5-megapixel.

Huawei NOVA Plus pula adalah pilihan peranti keluarga NOVA dengan skrin dan bateri bersaiz lebih besar.

Dari segi spesifikasi, NOVA Plus hadir dengan skrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh, bateri berkapasiti 3340 mAh, dan kamera belakang 16 megapixel. 


Penawaran lain adalah sama, termasuk pengimbas cap jari, Android 6.0 Marshmallow dan lain-lain.

Huawei NOVA akan mula dipasarkan bermula bulan Oktober 2016 ini di lebih 50 buah negara.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates