Tuesday, September 6, 2016

Honor 8 yang punyai 2 kamera mula dijual di Malaysia



Honor Malaysia telah melancarkan Honor 8 secara rasmi di Malaysia . 

Ia dilengkapi skrin 5.2″ IPS LCD 1080P, diperkasakan pemproses HiSilicon Kirin 950 dan dipadankan pula dengan RAM sebesar 4 Gigabyte serta storan 32 Gigabyte.

Sokongan kad MikroSD ialah sehingga 256 Gigabyte. Slot kad MikroSD ini berkongsi dengan slot SIM bersaiz nano.

Honor 8 menyokong dua SIM bersaiz nano.

Honor 8 menggunakan kemampuan optik kamera berkembar 12-Megapixel f/2.2 pada bahagian belakang dengan sistem pemfokusan laser.

Seperti pada P9, sensor pertama berwarna manakala sensor kedua pula adalah monokrom. 


Namun, tiada mod khusus untuk rakaman monokrom seperti pada Huawei P9, tetapi sensor ini lebih kepada merakamkan gambar dan menawarkan warna yang jitu.

Pada waktu yang sama pemfokusan semula boleh dilakukan selepas gambar diambil.

Pada bahagian belakang Honor 8 pula adalah pengimbas cap jari yang turut hadir dengan rekaan boleh klik untuk menggunakannya sebagai SmartKey seperti pada Honor 7 sebelum ini.

Dibahagian atas pula, sokongan infrared disertakan untuk memudahkan pengguna mengawal peralatan elektronik di rumah.

Honor akan mula dijual bermula Kamis ini di Malaysia, dan ditawarkan melalui Lazada, SenQ dan juga laman Honor sendiri di VMall.MY. 


Melalui penyenaraian di Lazada, Honor menawarkan Honor SS Band dan kerangka luar secara percuma untuk pembelian model 64GB, sementara untuk pembelian model 32GB ia hadir dengan SelfieStick, Powerbank dan juga kerangka-luar.

Harganya bermula daripada RM1699 .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates