Tuesday, September 6, 2016

Honor 5A mula dijual di Malaysia dengan harga mampu milik



Honor 5A merupakan peranti berspesifikasi pertengahan-rendah daripada pihak Honor,

Ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 5.5 inci dengan paparan HD pada resolusi 1280×720 pixel, dijana menggunakan cip pemprosesan Kirin 620, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD.

Untuk kamera, peranti ini menyertakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Menjana peranti ini adalah sistem operasi Android 6.0 dengan antaramuka EMUI 4.1.


Pihak Honor Malaysia menawarkan dua variasi pilihan, iaitu warna hitam dan putih pada harga RM599, sementara warna emas pada harga RM629. 

Honor 5A akan mula dijual di Malaysia bermula 20 September 2016 ini.

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates