Saturday, September 3, 2016

Google bakal lancarkan telefon pintar baharu yang dinamakan sebagai Google Pixel Dan Pixel XL


Google mungkin akan menggantikan penjenamaan berkenaan dan menggunakan nama Pixel dan Pixel XL untuk telefon pintar mereka pada tahun ini.

Sekiranya ini benar, maka kita akan melihat Google menggunakan penjenamaan Pixel ini seperti mana yang telah dilakukan mereka untuk Chromebook dan tablet Android sebelum ini.

Tetapi, pada tahun lepas, ketika Google menggunakan penjenamaan berkenaan, ia dilihat lebih menjadikannya sebagai jenama premium daripada Google.

Laporan sama turut selari dengan apa yang kedengaran sebelum ini, mengatakan tiada jenama HTC akan diperlihatkan pada kedua-dua telefon pintar Pixel berkenaan.


Kebiasaannya, Google memperkenalkan telefon pintar Nexus bersama-sama pengumuman versi Android baru , dan menjadi peranti terawal hadir dengan sistem operasi berkenaan.

Namun, untuk tahun ini, perkara berkenaan tidak berlaku , malah peranti pertama yang menggunakannya adalah LG melalui LG V20.

Disamping itu, Pixel dan Pixel XL ini turut dijangka akan menyertakan antaramuka yang sedikit berbeza dengan apa yang ditawarkan melalui Android vanilla.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates