BlackBerry umumkan berhenti untuk keluarkan phone jenama sendiri
BlackBerry semalam mengumumkan mereka akan menghentikan pengeluaran peranti oleh mereka sendiri. 
BlackBerry selepas ini dilihat akan lebih memfokuskan perniagaan ke arah perisian dan juga perkhidmatan.
Untuk tujuan berkenaan, pihak BlackBerry akan bekerjasama dengan pihak ketiga , lebih kurang seperti DTEK50 sebelum ini yang menggunakan peranti berasaskan daripada Alcatel.
BlackBerry selepas ini akan memfokuskan kepada pembangunan perisian – termasuk sekuriti dan juga aplikasi.
Dengan menutup pelbagai pembangunan peranti didalam syarikat berkenaan, mereka dilihat akan menjimatkan kos dan membuatkan pulangan yang lebih tinggi untuk syarikat berkenaan.

0 comments:
Post a Comment