Saturday, September 17, 2016

Apple sedang uji sistem pengecasan tanpa wayar jarak jauh

VentureBeat melaporkan Apple sedang menguji sistem pengecasan tanpa wayar yang boleh mengecas dari jarak jauh.

Sistem pengecasan WattUp rekaan Energous boleh mengecas peranti secara tanpa wayar dari jarak 15 kaki.

Ia menggunakan sistem frekuensi radio untuk mengecas peranti tanpa ia perlu diletakkan pada plat pengecasan seperti yang digunakan oleh Samsung.

Pada waktu yang sama satu stesen pengecasan Energous boleh mengecas 12 peranti serentak. 

Apple turut dilaporkan telah bekerjasama dengan Energous sejak 2014.

Sistem WattUp ini sekiranya digunakan pastinya menarik.

Tiada lagi keperluan untuk sambungan dan sentuhan fizikal untuk mengecas iPhone di masa hadapan. 


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates