Tuesday, August 9, 2016

ZTE Axon 7 akan mula diperkenalkan di Malaysia mulai 18 Ogos 2016


ZTE Malaysia memaklumkan model ini akan diperkenalkan dipasaran tempatan pada 18 Ogos 2016 ini .

ZTE Axon 7 merupakan telefon pintar flagship daripada ZTE , hadir dengan pelbagai spesifikasi terkini, termasuk cip Snapdragon 820, memori sehingga 6GB RAM, kamera belakang 20 megapixel, kamera hadapan 8 megapixel dan menggunakan USB Type C.

ZTE turut melengkapkan ciri-ciri audio tambahan melalui telefon pintar ini.

Dengan perkongsian tarikh ini, semestinya ia akan menjadi salah satu titik aras sebelum pengguna membuat pembelian peranti berasaskan Snapdragon 820 yang terbaru , sama ada OnePlus 3, Zenfone 3 ataupun ZTE Axon 7 ini.

Harga jualan peranti ini masih belum diketahui buat masa ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates