Monday, August 1, 2016

YouTube Broadcast Box dilancarkan di Malaysia dan ia percuma


YouTube ialah laman penstriman video paling popular di dunia dengan jutaan pengguna setiap hari. Dalam masa sebelas tahun sahaja YouTube mengambil alih sebagai platform pilihan untuk mendapatkan berita terkini dan viral dari televisyen. 

Hari ini YouTube Broadcast Box dilancarkan di Malaysia dengan kerjasama Maxis dan Sunway University. Studio mini YouTube Broadcast Box ini dilengkapi kelengkapan merakam video yang lengkap seperti kamera, sistem lampu dan skrin hijau bagi menghasilkan video.

Menarik sekali kesemua kelengkapan yang disediakan boleh digunakan secara percuma.


Selain daripada itu komputer untuk suntingan video yang dirakam juga disertakan dan boleh digunakan oleh pelawat YouTube Broadcast Box. Dari 1-5 Ogos ini ia kan diletakkan di perkarangan Sunway University dah boleh digunakan dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Ia kemudian akan bergerak ke Pulau Pinang pada 27 Ogos hadapan sebelum ke Kuching Sarawak. Kepada yang mungkin kurang arif dengan penghasilan video, terdapat krew yang akan memberikan tunjuk ajar kepada anda tentang selok belok produksi video YouTube.

Pada waktu yang sama Maxis turut melancarkan program Maxis Rojak 360 sempena sambutan Hari Merdeka. Video khas realiti maya bertemakan Merdeka akan dirakam menggunakan kamera 360 darjah. 


Program ini terbuka kepada semua pengguna di Malaysia. Mereka hanya perlu memuat naik video yang dihasilkan dan meletakkan hashtag #MaxisRojak360.

Sekiranya terpilih video mereka akan dipaparkan di dalam video khas Hari Merdeka Maxis.




0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates