Tuesday, August 2, 2016

Samsung Galaxy Note 7 di jual di Malaysia bermula 19 Ogos 2016


Samsung Malaysia telah berkongsi tarikh jualan telefon pintar ini untuk pasaran Malaysia.

Samsung Galaxy Note 7 akan mula dijual di Malaysia pada 19 Ogos 2016 ini. Telefon pintar ini boleh dipra-tempah bermula daripada 8 Ogos hingga 10 Ogos ini, dan sebanyak 4000 unit akan ditawarkan untuk pra-tempahan. 

Sebelum ini, ketika Galaxy S7, pihak Samsung telah menyediakan promosi khusus dengan harga istimewa, dan mungkin kita akan melihat beberapa promosi khusus untuk pra-tempahan Galaxy Note 7 ini juga.


Samsung Galaxy Note 7 hadir dengan skrin 5.7-inci dengan paparan Quad HD (2560×1440 pixel), dijana menggunakn cip Exynos 8890, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB UFS 2.0. 

Pengguna turut boleh memperluaskan storan sehingga 256GB melalui peranti ini ataupun menggunakan slot sama untuk kad-SIM kedua.

Untuk rakaman gambar, ia menggunakan kamera belakang 12-megapixel F1.7 dan kamera hadapan 5-megapixel F1.7. Menjana peranti ini adalah bateri berkapasiti 3500mAh yang menyokong pengecasan pantas. 

Galaxy Note 7 menggunakan USB Type-C untuk pengecasan, dan turut dilengkapi sokongan NFC.


Samsung Galaxy Note 7 akan ditawarkan dalam pilihan warna emas, perak dan juga hitam. 

Galaxy Note 7 akan dijual pada harga RM3199 untuk pasaran tempatan.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates