Friday, August 12, 2016

Samsung Galaxy Note 7 dengan 6 GB RAM hanya akan dijual di China sahaja



Samsung Galaxy Note 7 dengan RAM sebesar 6 Gigabyte dan storan 128 Gigabyte tertiris ke arena web awal minggu ini di China.

Ini ialah peningkatan dari RAM 4 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte yang bakal hadir ke Malaysia pada bulan September.

Kewujudan versi yang dipertingkatkan ini akhirnya disahkan oleh Samsung. Berita buruk bagi anda ialah ia hanya untuk pasaran China.

Mengapa hanya di China?

Ini adalah kerana saingan yang amat sengit di negara tersebut.

Di China sudah ada beberapa peranti dengan RAM 6 Gigabyte seperti OnePlus 3 dan Vivo Xplay 5.

Menurut perangkaan terkini, mereka kini di tempat ke-enam dari segi peratusan pegangan saham.

Harga jualan dilaporkan RM3688 sebuah.

Dengan pengenalan model Note 7 dengan spesifikasi lebih tinggi, mereka mungkin dapat memenangi semula hati pengguna China.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates