Wednesday, August 17, 2016

Polis Malaysia bakal lancarkan apps yang bolehkan laporan jenayah dihantar dalam bentuk gambar dan video


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan aplikasi Volunteer Cop akan dilancarkan dalam masa terdekat. 

Menerusi aplikasi peranti pintar ini, orang ramai dapat melaporkan jenayah dengan memuat naik gambar dan video terus kepada pihak polis.

Aplikasi ini adalah penaik tarafan dari aplikasi Rakan Cop yang dilancarkan beberapa tahun yang lalu.

Menerusi aplikasi ini orang ramai boleh menjadi mata dan telinga polis bagi membasmi jenayah dengan pantas.

Selain penggunaan aplikasi pintar, pihak Polis Diraja Malaysia juga bakal menggunakan dron untuk melakukan rondaan.

Diharap dengan pengguna pelbagai teknologi ini kelak Malaysia akan semakin aman.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates