Tuesday, August 30, 2016

Pengguna diingatkan untuk kemas kini nombor akaun TNB sebelum buat pembayaran secara online


Bulan ini saya terkejut apabila menyedari nombor akaunTenaga Nasional Berhad kami berubah dari bulan sebelumnya. 

Nombor akaun ini berkurangan kepada 12 angka berbanding 14 sebelum ini. Pihak TNB tidak pernah pula setahu kami mengumumkan pengguna tentang pertukaran kepada nombor baru.

Setelah melakukan panggilan ke pusat perkhidmatan pelanggan, kami dinasihatkan supaya mengubah menggunakan nombor akaun baru.

Ini boleh dilihat pada bahagian atas bil elekrtik yang diterima setiap bulan.

Pembayaran ke nombor akaun lama masih diterima dan sah cuma akan mengambil masa yang lebih lama untuk diproses.

Pertukaran kami hanya sedari untuk bulan Ogos 2016 tetapi sebenarnya telah dilakukan sejak bulan Julai 2016.

Mengapa nombor pelanggan berubah tanpa notis tidak pula diketahui.

Artikel ini ditulis sebagai peringatan kepada para pengguna supaya segera mengemaskini nombor akaun bil elektrik masing-masing .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates