Friday, August 12, 2016

Pelancaran Galaxy Note 7 di Malaysia ditunda ke September 2016



Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menjadualkan pelancaran telefon pintar Galaxy Note 7 ke bulan September 2016 – disebabkan oleh kekurangan stok pada peringkat global.

Galaxy Note 7 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung, dan pada awalnya ia telah dijadualkan untuk pelancaran pada minggu hadapan, 19 Ogos 2016.

Tarikh baru pelancaran Galaxy Note 7 masih tidak diketahui buat masa ini.

Walaubagaimanapun, pihak Samsung Malaysia mengatakan mereka akan menepati janji untuk pembeli yang membuat pembelian melalui pra-tempahan yang telah diadakan pada awal minggu ini, dan menghantar unit Galaxy Note 7 kepada mereka pada tarikh yang dijanjikan.

Galaxy Note 7 membawakan sokongan S-Pen, dilengkapi dengan fungsi kalis air, pengimbas mata dan beberapa ciri-ciri tambahan lain. Ia berharga RM3199 di Malaysia.

Dengan pengumuman terbaru daripada Samsung ini, mungkin anda yang menantikan ia untuk dibeli daripada kedai atau selepas dilancarkan, boleh nantikannya pada bulan September kelak.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates