Thursday, August 4, 2016

Oppo F1s diperkenalkan dengan kamera hadapan 16 megapixel



Oppo F1s membawakan rekaan ikonik pihak Oppo. Ia dilengkapi skrin 5.5-inci dengan paparan HD, dijana menggunakan cip MediaTek MT6750, dan memori sehingga 3GB RAM.

Oppo F1s menyertakan pengimbas cap jari pada bahagian hadapan, memori 32GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD, serta sokongan dwi-SIM.

Menjadi fokus pada peranti ini adalah sokongan kamera hadapan. Oppo F1s menggunakan kamera hadapan 16-megapixel, dan ia menggunakan pencahayaan dari skrin sekiranya anda ingin merakamkan gambar pada keadaan malap. 


Untuk kamera belakang, Oppo menyertakan lensa 13-megapixel.

Di Malaysia, Oppo F1s bakal dilancarkan secara rasminya pada 10 Ogos 2016 ini,


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates