Saturday, August 27, 2016

Kapal percutian mewah dengan 'pantai buatan' direka


Kapal digunakan untuk melarikan diri dari kesibukan kerja dan memberikan mereka privasi dari dilihat orang ramai.

Terdapat pelbagai jenis kapal di pasaran dan yang terbesar sekali ialah Azzam milik Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan. 


Azzam dilengkapi tempat helikopter mendarat dan panggung wayang.

Tetapi Sheikh Khalifa masih perlu ke darat sekiranya beliau mahu berjalan di kawasan pantai.


108M rekaan Hareide Design ialah konsep kapal mewah yang membolehkan pemilik kekal di tengah laut tetapi masih boleh mandi matahari di atas pantai. 


Ini boleh dilakukan kerana ia mempunyai pantai buatan yang terletak pada bahagian buritan kapal. 


Selain pantai terbina ia turut mempunyai dua buah kolam renang, dek terbuka, tempat helikopter mendarat dan sistem dorongan elektrik yang mesra alam.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates