iPhone 7 bakal diperkenalkan pada 7 Septermber 2016 ?
Apple dijangka memperkenalkan produk baru mereka yang dinantikan ramai, iaitu iPhone 7 pada 7 September ini.
Desas-desus mengenai iPhone generasi baru (atau iPhone 7 seperti dipanggil ramai) telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lepas. Apple dikatakan bakal mengguna rekaan sama seperti iPhone 6 dan 6S sebelum ini, tetapi membawakan sedikit perubahan.
Salah satu perkara yang diperkatakan adalah dimana iPhone 7 mungkin tidak menyertakan sokongan audio-jack dan hanya menggunakan satu port sahaja untuk pelbagai perkara – dari pengecasan, mendengar lagu, memindahkan data dan sebagainya.
Beberapa desas-desus turut mengatakan mungkin terdapat versi iPhone yang turut hadir dengan sokongan dwi-kamera belakang padanya.
Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini semasa ketika acara media Apple ini kelak
0 comments:
Post a Comment