Monday, August 1, 2016

Huawei Honor Note 8 dilancarkan dengan skrin 6.6 inci


Honor Note 8 dilancarkan secara rasmi di China pada 1 Ogos 2016 dan ia merupakan phablet dengan skrin SAMOLED 6.6″ dengan resolusi QHD. 

Ia turut diperkasakan pemproses HiSilicon Kirin 955, RAM sebesar 4 Gigabyte dan storan dalaman sehingga 128 Gigabyte.

Kemampuan optik pula ialah kamera utama sebesar 13 Megapixel PDAF dan kamera selfie sebesar 8 Megapixel.

Sebuah bateri gergasi sebesar 4500 mAh disertakan sebagai sumber kuasa dengan sokongan pengecasan pantas menggunakan port USB-C.

Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Honor Note 8 tidak mempunyai stylus terbina walaupun berkongsi nama dengan peranti Galaxy Note keluaran Samsung. 


Sistem operasi Android Marshmallow digunakan dengan pelancar EMUI 4.1. 


Terdapat juga sokongan dua SIM bersaiz nano. 

Ia akan dijual di China bermula minggu hadapan pada harga bermula dari RMB 2299 (~RM 1392) sebuah.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates