Sunday, August 14, 2016

HTC dijangka perkenalkan 2 variasi HTC Desire 10 pada hujung September 2016


HTC bakal keluarkan dua variasi HTC Desire 10, iaitu Desire 10 Pro dan juga Desire 10 Lifestyle.

Kedua-dua peranti berkenaan dijangka diperkenalkan pada penghujung September 2016 ini.

Buat masa ini, beberapa info tambahan mengenai HTC Desire 10 Lifestyle sahaja diketahui.

HTC Desire 10 Lifestyle dijangka hadir dengan skrin 5.5-inci pada resolusi 720p dan dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon.

Ia bakal hadir dengan pilihan memori 3GB RAM/32GB storan ataupun 2GB RAM/16GB storan. Melengkapkan telefon pintar ini adalah kamera belakang 13-megapixel dan kamra hadapan 5-megapixel.

HTC Desire 10 Lifestyle ini turut dikatakan akan hadir dengan sokongan speaker Boomsound Hi-Fi Edition.

Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai pengenalan peranti baru HTC ini pada penghujung September 2016 kelak.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates