Tuesday, August 30, 2016

Facebook bakal perkenalkan fungsi paparkan video asal secara menegak pada phone


Selalunya bila video dikongsikan pada perkhidmatan sosial, ada kalanya paparan tidak begitu cantik, dan dikecilkan saiz paparannya.

Dengan populariti seperti Snapchat, Instagram Stories , malah YouTube sendiri yang menyokong paparan video menegak, kini Facebook dilihat akan mengikut jejak serupa.


Facebook mengatakan mereka merancang untuk memperkenalkan sokongan paparan video menegak pada peranti mudah-alih tidak lama lagi, sekaligus membolehkan pengguna mengikuti sesuatu video dengan jelas dan tidak lagi diliputi bingkai berwarna hitam.

Facebook dijangka memperkenalkan sokongan video menegak pada aplikasi Android dan iOS untuk semua secara berperingkat dalam minggu-minggu akan datang.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates