Saturday, August 20, 2016

Facebook akan perkenalkan platform permainan PC untuk pengguna mereka tidak lama lagi


Semalam Facebook mengumumkan kerjasama dengan Unity untuk pembangunan permainan PC

Unity merupakan salah satu platform yang memudahkan pembangun untuk hadir dengan permainan video dengan grafik yang cantik.

Melalui pengumuman hari ini, ia dikatakan sebuah platform permainan PC sedang dalam pembangunan yang akan mengintegrasikan sokongan platform Facebook.

Ini sekaligus akan memudahkan para pembangun permainan untuk menerbitkan permainan mereka kepada lebih 650 juta pengguna aktif Facebook yang giat bermain permainan setiap bulan. 


Unity sendiri merupakan salah satu platform yang digunakan ramai dalam pembangunan permainan, dan melalui integrasi ini, ia turut akan memudahkan mereka mengeksport permainan untuk diterbitkan pada web Facebook, selain aplikasi desktop.

Dengan perkembangan ini juga, kita mungkin akan melihat platform permainan PC daripada Facebook kelak bersaing secara tidak langsung dengan Steam , tetapi memfokuskan lebih kepada permainan berbentuk kasual berbanding Steam yang lebih kepada bergrafik tinggi .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates