Tuesday, August 9, 2016

Disney keluarkan apps mesej mereka sendiri iaitu Disney Mix


Disney telah keluarkan sebuah aplikasi permesejan tersendiri, dan melaluinya mereka memfokuskan kepada perkhidmatan permesejan mesra keluarga.

Berbeza dengan perkhidmatan permesejan seperti WhatsApp dan Telegram yang ringkas, melalui Disney Mix, ia menyertakan sejumlah fungsi tambahan, termasuk kebolehan membuat avatar tersendiri, berkongsi sticker, dan pelbagai fungsi lain.

Setiap tetingkap sembang juga hadir dengan pemantauan tersendiri supaya pengguna tidak melanggar peraturan seperti menggunakan bahasa tidak sopan dan sebagainya. 


Sekiranya melanggarnya, pengguna berkenaan akan dihalang akses untuk sementara atau dihalang daripada menggunakan Disney Mix selamanya.

Disney Mix ini boleh dimuat-turun pada Android dan iOS hari ini secara percuma.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates