Monday, August 1, 2016

Digi lancarkan pakej prabayar baru percuma streaming data 8 GB


Digi hari ini telah memperkenalkan pakej prabayar yang serba baru dan menyasarkan penawaran data percuma untuk tujuan penstriman video dan muzik, iaitu Digi LiVE Prepaid.

Melalui Digi LiVE Prepaid, syarikat telekomunikasi ini menawarkan data percuma sebanyak 8GB untuk para pelanggan mereka sebagai tambahan kepada data yang dilanggan anda setiap bulan. 

Pada masa yang sama, penawaran data tambahan ini hanyalah terhad untuk digunakan pada rangkaian 4G LTE – dan ditawarkan secara berperingkat.

Digi mengehadkan penawaran data percuma 1GB untuk penstriman video, dan 1GB untuk penstriman muzik – setiap minggu. 

Ini bermakna, secara jumlahnya, pengguna akan menerima 8GB percuma setiap bulan, dimana 4GB adalah untuk penstriman video, dan 4GB lagi adalah untuk penstriman muzik.


Penawaran data percuma untuk muzik meliputi pelbagai perkhidmatan dibawah Digi Music Freedom, termasuk Spotify, Deezer, JOOX dan sebagainya. 

Untuk video pula, Digi meliputi perkhidmatan YouTube, iFlix, Astro On-The-Go, Tonton, Viu, Dailymotion dan juga HyppTV Everywhere.

Bagi pengguna prabayar Digi yang sedia ada, anda boleh beralih kepada pakej Digi LiVE Prepaid ini secara percuma dengan mendail *128*1*4#. 

Walaubagaimanapun, perubahan pelan ini akan mengubah pelbagai tetapan sedia ada pada pelan anda. Bagi pelanggan baru, anda boleh mendapatkan kad-SIM Digi LiVE Prepaid ini bermula hari ini.


10 comments:

  1. macam yes....tpi berpa bayaran sebulan pun xde cakap....8GB...mesti at least 50 ....katoi.....

    ReplyDelete
  2. kantoi betol la, aku nk yg x yah bayar bulanan pon ada free data la,jika bayar rm50 sebulan, lebih baik aku ambil xpax, free data byk lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinoy...tu Xpax banyak free data tapi 333MB sehari utk 1-7 am...

      Delete
    2. haha tu 333mb, org x suka tidor baru guna. ngk terus intenet data 30 ringgt tu dapt 4GB.

      Delete
    3. Xpax aku tau , tapi skrg pakai lagi postpain.piki nak beli nombor bru dgn xpax ni jdi bakup nombor. 10 ringt dpt 500MB + 200 MB free data

      Delete
  3. D telco bagi 8 gb ni xde had macam X telco yang baru tu kan ?
    sebab i dengar Xpax turbo dia bagi 10gb tapi bahagi harian , kuota tu berapa ntah tp janji line dia cepat

    ReplyDelete
  4. Semakin lama dah semakin banyak persaingan , sekarang D telco pun bagi data percuma , macam best je tp i pun survey lg telco lain , ada cadangan x ?

    ReplyDelete
  5. Kenapa x cuba xpax baru tu ?murah , interne cepat, data dia banyak dan aa yonder music free

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya xpax ni data byk. tpi kalau nak guna 4G line bole cari telco lain jg. ako rasa ni celcom ni pn akn promo 4G ..sabar

      Delete
    2. xde 4G pun signal strong.colleague i gna ni dudk office 30 pun ok je. msa ckp dgn orng pun clear .data pun x slow.

      Delete

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates