Saturday, August 20, 2016

Asus ROG G752 mula dijual di Malaysia


Asus ROG G752 hadir dalam dua variasi, hadir dengan skrin bersaiz 17.3-inci, dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Core i7-6700HQ, dan menjalankan sistem operasi Windows 10.

Variasi pertama untuk komputer riba ini adalah Asus ROG G752V-SGB140T, yang mana hadir dengan memori 16GB RAM, ruangan storan 1TB HDD dan 256GB SSD, serta dijana menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce GTX1070 8GB. 

Komputer riba ini turut menawarkan paparan pada resolusi UHD, dan ditawarkan di Malaysia pada harga RM10,999.


Variasi kedua pula adalah Asus ROG G752V-MGC043T yang hadir dengan memori 8GB RAM, ruangan storan 1TB dan 128GB SSD, serta dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX1060 6GB. 

Komputer riba ini sekadar menawarkan paparan pada resolusi HD penuh sahaja, dan berharga RM7,799.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates