Tuesday, August 16, 2016

Astro dan Astro On The Go beri siaran percuma kepada semua channel sehingga 31 Ogos 2016


Syarikat TV berbayar Astro telah memenangi anugerah pilihan pengguna didalam kategori Media & Rangkaian di anugerah Putra Brand Awards dan ini merupakan kali ketujuh berturut-turut Astro memenanginya.

Sebagai meraikan kejayaan ini,Astro melalui akaun FB mereka telah mengesahkan bahawa mulai 13 Ogos ini, kesemua pelanggan Astro akan diberikan akses percuma kepada kesemua siaran dan ini termasuk tontonan melalui Astro On The Go.

Tontonan percuma ini akan diberikan kepada pelanggan sehingga 31 Ogos ini dan ini bermaksud pelanggan Astro mampu menikmati hampir 150 siaran tidak kira pakej yang dilanggan.


Tahniah kami ucapkan kepada Astro!


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates