Saturday, August 27, 2016

Apple dikhabarkan akan buang Home Button pada iPhone selepas ini


Apple bakal membuat beberapa kejutan baru melalui telefon pintar mereka. 

Terkini, ia dikatakan Apple mungkin menggantikan butang Home yang terkenal pada iPhone pada tahun depan.

Apple telah sedia dikatakan bakal menggunakan skrin OLED pada iPhone 2017 kelak, dan dengan pengantiakn ini, ia bakal menawarkan rekaan yang selari pada bahagian hadapan yang hadir sekata.

Disamping itu, Apple turut dikatakan akan menyertakan sebuah cip khusus untuk menyokong pembayaran pada terminal sekitar Jepun.

Apple juga sebelum ini telah diperkatakan akan hadir dengan rekaan skrin melengkung pada iPhone , lebih kurang seperti pada Samsung Galaxy S7 Edge.

Dengan ulang-tahun ke-10 menjelang tiba sejak iPhone yang mengubah arena telefon pintar, semestinya pihak Apple mempunyai tekanan yang agak tinggi untuk mengekalkan pelbagai penawaran teknologi dan inovasi yang mengubah gaya penggunaan peranti oleh pengguna.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates