Saturday, July 23, 2016

ZTE Zmax Pro dilancarkan dengan skrin 6 Inci


Pasaran peranti mampu milik di Malaysia dipegang oleh peranti pengeluar dari China. Sejak kemunculan mereka membeli peranti pada harga melangkaui RM1000 boleh dianggap perkara yang tidak logik secara fiskal terutamanya tatkala ekonomi sedang tidak stabil. 

Sungguhpun mampu milik peranti dari China ini kebanyakannya mempunyai spesifikasi yang baik. ZTE Zmax Pro ialah sebuah lagi peranti mampu milik yang dilancarkan di Amerika Syarikat pagi ini.

Phablet ini dilengkapi skrin 6″ HD penuh, diperkasakan pemproses Snapdragon 617, RAM sebesar 2 Gigabyte dan storan 32 Gigabyte.

Kemampuan optik pula ialah kamera utama 13 Megapixel PDAF dan kamera selfie 5 Megapixel. Ia turut dilengkapi bateri 3400 mAh yang menyokong pengecasan pantas QuickCharge 3.0 menggunakan port USB-C.

Akhir sekali peranti Android Marshmallow ini turut dilengkapi pengimbas cap hari pada panel belakang. Menarik sekali ia hanya dijual pada harga $99 (~RM 394) sebuah.

Buat masa ini ZTE Zmax Pro hanya dijual di pasaran Amerika Syarikat.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates