Saturday, July 23, 2016

Waze paparkan amaran bila memandu melebihi had laju di Malaysia


Waze telah menyertakan fungsi memaparkan amaran apabila pemandu memandu melebihi had laju yang dibenarkan pada bulan Mac yang lepas. Namun, ketika pengenalan, ia hanya terhad kepada beberapa buah negara sahaja.

Kini, selang beberapa bulan, fungsi sama turut dilihat telah mula diperkenalkan kepada pengguna tempatan


Ketika anda memandu menggunakan Waze, kini ia akan mengenal-pasti had laju pemanduan anda, dan membandingkan ia dengan had laju sesuatu jalan berkenaan. Sekiranya anda melangkaui had laju yang ditetapkan, Waze akan memaparkan amaran sehingga anda memandu pada had laju yang dibenarkan.

Bagi anda yang menggunakan Waze, mungkin boleh kemaskini aplikasi anda hari ini untuk menikmati fungsi baru yang dibawakan oleh Waze ini, sekaligus memastikan anda sentiasa memandu dengan selamat.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates