Sunday, July 24, 2016

Sonic Mania ialah permainan retro 2D yang akan diperkenalkan semula pada tahun 2017


Bagi anda yang pernah bermain konsol sejak beberapa dekad dulu, mungkin sinonim dengan rekaan permainan berbentuk 2D dan sedikit pixelated. Kini, bersempena dengan ulang-tahun ke-25, permainan terbaru Sonic The Hedge diumumkan, iaitu Sonic Mania.

Sonic Mania membawakan rekaan permainan retro, dan mengekalkan ciri-ciri permainan Sonic, tetapi dengan beberapa perkara baru, termasuk gerak drop-dash baru dan juga menawarkan tiga watak untuk dimainkan, iaitu Sonic, Tails dan juga Knuckles.

Sonic Mania ini dijadualkan untuk hadir ke platform PlayStation 4, Xbox One dan juga Windows pada tahun hadapan, 2017.

Disamping itu, bagi anda yang lebih gemarkan rekaan grafik terkini dan moden, sebuah lagi permainan yang diumumkan adalah Project Sonic yang turut dijangka hadir pada tahun hadapan untuk Xbox One, PlayStation 4 dan juga Nintendo NX.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates