Sunday, July 24, 2016

Oppo F1S akan dilancarkan pada 3 Ogos 2016


Model terkini peranti “pakar selfie” dari Oppo iaitu F1S akan dilancarkan 3 Ogos hadapan di India. Jemputan ke acara khas sudah mula dihantar dan ramai yang tertanya-tanya apakah pembaharuan yang bakal diperkenalkan. Ura-ura mengatakan ia akan mengekalkan kamera 16 Megapixel pada bahagian hadapan seperti F1 Plus serta pengimbas jari yang menyahkunci dalam masa 0.22 saat.

Ramai berharap sistem pengecasan SuperVOOC yang mengecas bateri dalam masa 15 minit akan turut disertakan. Peminat fotografi mudah alih pula pasti mahu melihat sistem penstabilan optik empat paksi SmartSensor mereka. Kepada peminat peranti Oppo, apakah fungsi yang anda harapkan wujud pada Oppo F1S?


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates