Wednesday, July 27, 2016

Opera perkenalkan fungsi Download Video pada Opera Mini Android


Opera Mini merupakan salah satu pelayar web yang popular pada peranti mudah-alih, salah satu sebabnya adalah kerana kebolehan untuk melayari sesuatu web dengan pantas, dan pada masa yang sama menjimat data. Terkini,
 Opera menyertakan satu lagi fungsi menarik pada Opera Mini, iaitu kebolehan muat-turun video.

Kini, ketika anda melayari web menggunakan Opera Mini pada peranti mudah-alih Android, anda boleh tap pada sebarang video yang hadir pada web, dan memilih untuk memuat-turunnya. 


Video seterusnya akan dimuat-turun dan disimpan pada storan SD ataupun pada peranti mudah-alih berkenaan sendiri.

Opera mengatakan fungsi ini juga akan membantu pengguna menjimatkan data berbanding penstriman berulang, ataupun turut digunakan untuk menonton video ketika tiada sambungan WiFi.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, boleh menguji fungsi ini dengan memuat-turun Opera Mini untuk Android hari ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates