Wednesday, July 27, 2016

Nokia HERE Maps dijenamakan semula kepada HERE WeGo dengan bebarapa fungsi baru


HERE Maps merupakan salah satu perkhidmatan pemetaan dan navigasi yang telah dimulakan oleh Nokia. 

Ia telah dijual kepada konsortium baru beberapa bulan yang lepas, dan kini, pemilik barunya mengumumkan penjenamaan semula HERE Maps kepada HERE WeGo.

HERE WeGo dilihat ingin menjadi satu aplikasi untuk semua keperluan navigasi dan peta mudah-alih anda. 

Melalui HERE WeGo, seperti biasa, pengguna boleh membuat navigasi ke sesuatu destinasi, dan anda akan diperlihatkan dengan pilihan jenis kenderaan, selain turut boleh melihat data berkaitan kesesakkan lalu-lintas. 


Fungsi popular HERE Maps turut dikekalkan, iaitu kebolehan menggunakan HERE WeGo tanpa memerlukan akses internet.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi HERE WeGo pada peranti Android atau iOS anda hari ini.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates