Monday, July 25, 2016

Mufti Pulau Pinang sarankan Pokemon GO difatwakan Haram


Permainan ini belum lagi boleh dimainkan oleh pengguna di Malaysia namun ia masih menjadi perbualan yang hangat minggu lalu. Ketua Polis Negara menegaskan pihak PDRM tidak mempunyai perancangan mengharamkan anggotanya dari memainkan aplikasi popular ini. 

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak pula mengesahkan permainan ini tidak akan menghadapi sebarang halangan untuk aplikasi ini memasuki pasaran Malaysia.

Pendapat Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor pula berbeza. Beliau menggesa supaya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan aplikasi ini. Menurut beliau permainan ini mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada pemainnya. 


Oleh itu fatwa haram adalah wajah diberikan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku di Malaysia. Setakat ini sudah berlaku insiden rompakan, kemalangan jalan raya dan kematian dilaporkan akibat aplikasi ini.

Apakah pendapat anda semua ? Adakah wajar Pokemon GO diharamkan atas sebab lebih banyak mendatangkan mudarat?


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates