Wednesday, July 27, 2016

Microsoft perkenalkan apps kamera iPhone dengan fungsi AI yang hebat


Microsoft dibawah Microsoft Research agak aktif dalam kajian berkaitan kecerdasan buatan (AI). Sebelum ini, mereka telah hadir dengan beberapa web yang boleh menganalisa gambar, dan terkini, Microsoft Research memperkenalkan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Microsoft Pix.

Microsoft Pix ini merupakan sebuah aplikasi kamera yang ditawarkan untuk para pengguna iPhone, dan hadir dengan sokongan kecerdasan buatan terbina padanya dalam menjadikan rakaman sesuatu gambar itu lebih cantik.

Aplikasi kamera ini menawarkan fungsi kawalan yang sangat ringkas. Pengguna hanya perlu merakamkan gambar, dan aplikasi ini akan menggunakan kecerdasan buatan dalam menganalisa dan membuat tetapan yang bersesuaian untuk menghasilkan gambar yang cantik.

Microsoft Pix juga turut akan mula merakamkan gambar sebaik sahaja anda memulakan aplikasi dan sebelum menekan butang supaya anda tidak terlepas sebarang detik yang penting. Ia akan mengambil beberapa rakaman gambar, dan memaparkan gambar yang paling cantik kepada pengguna.

Disamping itu, aplikasi kamera ini juga turut menawarkan fungsi rakaman gambar bergerak dan beberapa mod rakaman yang lain.

Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda boleh mencuba aplikasi ini dengan memuat-turunnya secara percuma hari ini.

Jika mahu mencubanya , sila klik link dibawah :





0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates