Thursday, November 12, 2015

Gajet dengan dual skrin fizikal dilancarkan


Siam 7X ialah sebuah lagi peranti yang mempunyai dua skrin. 

Skrin utama adalah skrin LCD 5″ manakala skrin kedua pada bahagian belakang adalah skrin e-ink 4.7″. 

Ia diperkasakan pemproses MediaTek MTK6735A, kamera utama 16 Megapixel dam kamera hadapan 8 Megapixel. 

Ia turut dilengkapi bateri sebesar 2100 mAh dan menggunakan Android Lollipop. 

Fungsi unik yang disertakan ialah pengimbas telinga untuk menyahkunci peranti. 


Kamera hadapan menggunakan teknologi Descartes Biometric Helix yang mengimbas telinga pengguna sebagai langkah keselamatan.

Peranti ini dijual pada harga bermula RM 2000 sebuah. 

Harga yang agak mahal bagi sebuah peranti kelas pertengahan. 

Tetapi sekiranya anda mahukan peranti unik dengan dua skrin, Siam 7X adalah antara sebilangan kecil peranti yang memberikan fungsi ini di pasaran dunia.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates