Sunday, September 13, 2015

HTC Desire 728 diperkenalkan


HTC Desire 728 merupakan salah satu phablet daripada HTC, hadir dengan skrin bersaiz 5.5-inci.

Memandangkan ia merupakan telefon pintar dibawah keluarga Desire, maka ia tidak membawakan spesifikasi yang tinggi, tetapi boleh dikategorikan sebagai peranti berspesifikasi pertengahan.

Untuk panel paparan sendiri, ia menawarkan resolusi 720×1280 pixel. HTC Desire 728 ini turut menggunakan cip MediaTek MT6753 1.3GHz, dan dilengkapi dengan memori 2GB RAM.

Telefon pintar ini turut dilengkapi sokongan dwi-SIM dan menyokong rangkaian 4G LTE.


Untuk tujuan rakaman gambar, HTC Desire 728 menggunakan kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, dan kamera 5-megapixel pada bahagian hadapan.

Telefon pintar ini menggunakan Android 5.1.1 Lollipop dengan antaramuka HTC Sense.

Buat masa ini, ia hanya diperkenalkan untuk pasaran China sahaja, dan tidak diketahui lagi sama ada ia akan ditawarkan untuk pasaran global ataupun tidak.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates