Wednesday, September 23, 2015

Gambar Nexus 6P Hadir yang bakal dilancarkan pada 29 September 2015 leaked di internet


Google bakal mengumumkan peranti Nexus terbaru mereka pada 29 September ini, dimana dua peranti dijangka diumumkan, satu daripada LG dan satu lagi daripada Huawei.

Lanjutan daripada pelbagai gambar yang tertiris sebelum ini, kini sebuah lagi gambar baru hadir memperlihatkan bahagian hadapan dan belakang Huawei Nexus.

Huawei Nexus ini akan dikenali dengan nama akhir Nexus 6P, sementara daripada LG pula akan dikenali dengan nama Nexus 5X.

Huawei Nexus 6P ini bakal membawakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan paparan pada resolusi 1440p. Ia dijangka menggunakan cip Snapdragon 810, hadir dengan ruangan storan 32GB, 64GB dan juga 128GB.

Telefon pintar ini akan menjadi yang terawal menggunakan Android 6.0 Marshmallow, disamping turut dilengkapi sokongan pengimbas cap jari, dan juga USB Type-C.

Google seperti biasa sebelum ini, dijangka akan menyiarkan pengumuman mereka secara rasmi melalui saluran YouTube mereka.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates