Thursday, March 12, 2015

Samsung Galaxy Xcover 3 diumumkan


Gajet tahan lasak dan kalis air masih lagi belum dihasilkan pada skala yang besar oleh Samsung. Dengan Galaxy S6 Samsung tidak meneruskan rekaan kalis air yang mereka gunakan pada S5. 

Kepada peminat phone Samsung yang mahukan peranti kalis air dan tahan lasak apakah pilihan untuk mereka? 

Samsung Galaxy Xcover 3 ialah jawapannya. 

Ia adalah gajet yang bukan sahaja kalis air dan debu malah (IP67) mampu menahan hentakan sekiranya jatuh dari ketinggian 1.2 meter. Ia diperkuatkan dengan prosesor 1.2 GHz quad core, RAM 1.5 GB dan muatan dalaman 8 GB .

Kemampuan optik ialah kamera utama 5 Megapixel dan kamera hadapan 2 Megapixel. Bateri pula adalah sebesar 2200 mAh. 

Yang peliknya ialah Xcover3 akan menggunakan Android 4.4.4 dan bukannya Lollipop. Rekaan Xcover3 sangat mirip Galaxy Tab Active dengan sisi diperbuat dari bahan getah serta tiga butang navigasi fizikal dihadapan. 

Ia dijangka dijual pada harga RM1072 .


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates