Friday, March 13, 2015

Samsung Galaxy Tab 3 V diperkenalkan dengan harga RM499 sahaja


GALAXY Tab 3 V ialah tablet yang menggabungkan pelbagai ciri ditambah baik.

Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan Galaxy Tab3 V, tablet yang menggabungkan pelbagai ciri ditambah baik dan ditawarkan kepada pengguna pada harga sangat berdaya saing iaitu RM499 seunit.


"Samsung Galaxy Tab3 V direka dan dikeluarkan dengan sasaran kepada pengguna tab kali pertama. Dengan tanda harga menarik dan pelayaran intuitif, tablet ini menawarkan kecanggihan dan mutu yang sepadan dengan jenama kami," kata Lee Jui Siang, Naib Presiden Mudah Alih, IT dan Pengimejan Digital, Samsung Malaysia Electronics.

Katanya, peranti itu adalah jawapan kepada usaha merapatkan jurang digital dan memastikan tiada yang ketinggalan daripada dunia mudah alih dan kemudahan yang ditawarkan internet.

Galaxy Tab3 V lengkap dengan sambungan internet jalur lebar mudah alih 3G untuk membolehkan pengguna sentiasa kekal terhubung dengan rakan laman sosial serta berkongsi tablet itu dengan ahli keluarga di mana saja berada.


Walaupun agak murah, Galaxy Tab3 V dizahirkan dengan penampilan dan prestasi kualiti yang sama dengan peranti lain dalam siri Galaxy.

Tablet ini menampilkan paparan 7-inci WSVGA dan Pemproses 1.3GHz Empat Teras; kamera 2MP depan dan belakang serta sambungan 3G yang membolehkan panggilan video.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates