Thursday, October 16, 2014

Bateri Dicas Secara Pantas Bakal Dilancarkan Pada 2016


Seronok tak jika semasa mengecas gajet anda , ia sampai pada tahap 70% masa dua minit sahaja ?
Dan menjadi full atau 100% dalam masa 15 minit sahaja .

Mesti seronok kan ?

Bateri baru yang diceritakan diatas telah ada teknologinya dan bakal dilancarkan secara rasmi pada tahun 2016 nanti 

Ia dibangunkan dan sedang diuji Universiti Teknologi Nanyang. 


Teknologi bateri Lithium ion terbaru ini efektif dengan cara mempercepatkan tindakan kimia didalam sel bateri tersebut.

Teknologi ini dikenali dengan nama ‘titanium dioxide nanotubes anode’ berbanding teknologi ‘graphite anode’ yang digunakan pada bateri di pasaran sekarang. 

Ketahanan bateri ini sangat tinggi ini dan pengguna tidak perlu risau mengenai kerosakan bateri walaupun sudah digunakan beberapa tahun.

Ada dakwaan yang mengatakan bateri ini boleh bertahan sehingga 20 tahun!

Wow....


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates