Thursday, June 26, 2014

Nokia X2 Dilancarkan Secara Rasmi


Nokia telah melancarkan telefon pintar Android generasi keduanya yang diberi nama Nokia X2

Berikut ialah antara spesifikasinya :

- skrin 4.3 inci
- prosesor 1.2 GHz dual core Snapdragon 200
- 1 GB RAM
- kamera belakang 5 mega pixel 
- bateri 1800 mAh

Dari segi rekabentuknya, ia tidak jauh berbeza dengan model Nokia X yang telah dilancarkan sebelum ini .

Ia mempunyai lapisan luar lutcahaya seperti yang terdapat pada Nokia Asha 503. 

Ia boleh didapati dalam warna hijau, oren dan hitam dengan warna kuning, putih dan kelabu gelap .

Dengan ukuran badan 121.7 x 68.3 x 11.1mm , smart phone ini lebih tebal dan lebih berat sedikit berbanding Nokia X , Nokia X+ dan Nokia XL .

Satu lagi kelainan model ini ialah ia mempunyai Back Button dan Home button di bawah skrinnya. 

Model-model Nokia sebelum ini hanya mempunyai Back Button dan ia jelas menyusahkan navigasi pengguna.

Nokia X2 menggunakan OS Android , namun ia telah diubahsuai sehingga tidak menyerupai langsung OS tersebut. 

GUI nya lebih mirip kepada Windows Phone. 

Model ini tidak dilengkapi Google Play, jadi pengguna perlu menggunakan third party software yang boleh didapati secara online.

Nokia X2 dijual pada harga RM450 dan boleh didapati di negara-negara terpilih sekarang. 

Tidak dapat dipastikan bila model ini akan dijual di Malaysia dan berapa harganya di sini nanti , kalau ia dijual di Malaysia .

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates