Tuesday, November 29, 2016

JomLaunch 4.0 perkenalkan pelbagai projek daripada pembangun tempatan


JomLaunch merupakan salah satu acara yang diadakan beberapa kali setahun dalam usaha mengalakkan para pembangun tempatan hadir dengan projek-projek tersendiri dan lancarkannya pada acara berkenaan. 

3 hari lepas , JomLaunch 4.0 telah diadakan, sekaligus menjadi penutup untuk tahun 2016.


Melalui acara yang diadakan hari ini, sejumlah projek telah dilancarkan, dan antaranya adalah:



Eraxen – perkhidmatan yang menawarkan perlindungan daripada malware.

MMS – sistem pengurusan untuk kelab automotif.

RunCloud – perkhidmatan yang menawarkan pengurusan berasaskan web untuk pelayan.

Bytetuta – bot untuk pengguna beragama Islam. Masih belum dibuka untuk umum buat masa ini.

MyTix – sistem pengurusan untuk jualan tiket.

MyClinic2U – sistem pengurusan klinik.

Ninja Idempire – sistem pengurusan syarikat.

Splate – SaaS Boilerplate.

Soding – perkhidmatan yang memudahkan pencarian pekerja, dilengkapi sokongan kecerdasan pintar.

Whatstivity – perkhidmatan media sosial untuk kawasan kejiranan.

Telebuzz – platform pembangunan bot untuk Telegram.

CerdikApp – Aplikasi yang menawarkan komunikasi antara ibu bapa dan guru, selain pemantauan aktiviti pelajar.

MIND – Pembangunan kenderaan bergerak automatik untuk digunakan dalam kilang.

Robot Jualan – platform pembangunan bot untuk pengurusan jualan atas-talian.

Eksplorazi – Permainan 3D untuk tujuan pendidikan, dilengkapi sokongan AR.

Terapi.my – Perkhidmatan yang menghubungkan tukang urut dengan pengguna.

Go.my – Perkhidmatan yang menghubungkan pengguna dengan pembantu pelancong.

HireMe – Platform untuk membina dan berkongsi resume untuk pembangun dan pereka-grafik.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates