Saturday, November 26, 2016

OnePlus 3T telah dilancarkan secara rasmi


OnePlus secara rasminya telah melancarkan OnePlus 3T yang merupakan satu lagi versi OnePlus 3 yang telah dikemaskini sedikit.

OnePlus 3T ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 821 menggantikan pemproses Snapdragon 820 yang digunakan pada OnePlus 3.

Selain itu, OnePlus 3T ini juga hadir dengan dua kapasiti memori simpanan dalaman UFS 2.0 iaitu 64 GB dan 128 GB.


Beralih kepada bahagian kamera, OnePlus 3T hadir dengan kamera belakang yang sama seperti pada OnePlus 3 manakala kamera hadapan telah diberikan penambahbaikan yang paling ketara.

OnePlus 3T ini memiliki kamera selfie 16 MP yang dikilangkan oleh Samsung dan ianya mempunyai aperture f/2.0 dengan saiz piksel 1.0nm.

Kamera selfie ini juga hadir dengan pemfokusan PDAF selain sokongan video 1080p pada 30fps.

OnePlus 3T juga memiliki bateri berkapasiti 3400 mAh iaitu 400 mAh lebih besar berbanding OnePlus 3. 


Selain itu, sokongan pengecasan ‘Dash Charge 20W’ juga turut disertakan.

Selain itu, buat masa ini OnePlus 3T akan hadir dengan Android Marshmallow namun Android Nougat dijangka tiba pada bulan Disember.

OnePlus 3T akan hadir didalam dua warna iaitu kelabu ‘gunmetal’ dan emas ‘soft gold’ dengan harga penjualan RM1,938 bagi versi 64 GB dan RM2,115 bagi versi 128 GB.

Penjualan akan bermula dari 22 November di Amerika Utara manakala negara lain yang telah diberikan ‘keistimewaan’ untuk membeli OnePlus secara atas talian boleh melakukan pembelian mulai 28 November 2016.


0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 JOMGAJET
| Distributed By Gooyaabi Templates